Super Kawaii Cute Cat Kaoani Time spent with cats is never wasted :)

Monday, 29 July 2013

Sahabat Sejati

Assalamualaikum ! Saya Anis ... Walaupun blog ni pasal kucing , sekali sekala nak jugak post pasal lain kan . Jadi , tajuk dia yg nk saya kongsi iaitu sahabat sejati :) sahabat??spa ada sahabat baik??mesti ada kan...??aku pun ada , nama dia Puteri Natasya Solehah .. Nak tengok gmbar dia??haaa,yg tudung purple tuh .. Dia lah tuh :D dia baik,peramah,pandai jaga hati ...*kadang2 lah* sbb kadang2 aku pun ada terasa then merajuk . Padan muka =p haha jangan marah ek aku tulis cmni..tapi hang mmg terbaik :) tapi aku rasa dia dh berubah dh sekarang...heee :') ciri2 sahabat sejati , jika dia melihat sesuatu yg tidak baik daripada kamu , dia akan menutupnya :) dan bnyak lagiii ~

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati .. 
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa ..

SAYANG , KASIH , KASIHAN . Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan : 

BERKENALAN , BERTEMAN , BERKAWAN , dan BERSAMA . Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan iaitu : 

TEMAN BAIK SELALU DISISI . Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian ... 

SAYANG , KEKAL , SETIA , MENGERTI , MENGHARGAI , dan MENGINGATI .. Dalam 6 impian itu terkumpul 7 huruf keramat iaitu : 


"SAHABAT" 




Kalau hang nak marah ke ape ke , sokayy :) sabor je lah haa .. Aku harap persahabatan kita smpai bila2  . Amin . Dan ini je lah yg dpt saya kongsikan dengan hampa semua .. Kalau salah atau over , maafkan saya ... Itu mmg diri saya :) kbyebye . Assalamualaikum ~ 

Kasihanilah Kucing :)

Assalamualaikum semua :) 
Fuh , dah lama tak update blog . Kami sibuk , biasalah budak PBS kan... *aicehwah . PBS mmg mencabar . Ada yg kata senang tapi hakikatnya susah jugak lah :'/ ehh! Dah masuk topik lain plak , nak cerita kucing jadi PBS *haha . Sejujurnya , dulu aku tak minat kucing sngat , sbb kucing pernah cakaq aku , tu yg fobia tuh . Tapi , sejak kawan dengan Puteri , Aisyah ni jadi minat kat kucing *yaya  jah aku nih * tapi sungguh :D . Kalau kat kedai makan , mesti slalu nmpak kucing tu pergi kat meja org ni , orang tu , tapi .. Org tendang dia ... Kesian tengok :/ dia pun macam kita , kalau tak makan lapaq . Kalau tak minum dahaga . Aku pun pernah tendang gak dulu .. Tapi bila fikir2 balik , kenapa kena buat cemtuu kan ? Kehkeh . Kalau ada makanan lebih tu apa salahnya bagi sikit kat dia . Sharing is caring *choyy . Hahaaa . Teringin nak bela kucing , tapi tak berkesempatan lagi ... InsyaAllah :) .... Kucing ni kan haiwan kesayangan Nabi junjungan kita ... :D jadi ni je lah kot yg boleh sayang kongsikan , InsyaAllah kalau panjang umur saya dan kawan2 saya , kami sama2 update lagi . Kalau ada yg terlebih ka , terkasar ka maafkan saya ... Assalamualaikum :) 

Friday, 17 May 2013

Kelebihan Memelihara Kucing ;)

Hye . Assalamualaikum . Hari ni saya nak cerita tentang kelebihan memlihara kucing :) 
  1. Dapat menurunkan risiko kardiovaskular dan serangan jantung . 
  2. Meningkatkan sistem fungsi imun (Daya tahan penyakit).
  3. Mencegah Alergi .
  4. Membantu mencegah asma pada kanak-kanak. 
  5. Mengurangkan tekanan darah .
  6. Menurunkan kolestrol.
  7.  Mengurangkan risiko mendapat Stroke .
  8.  Mengurangkan stress ( tekanan perasaan ) dan rasa cemas . 
  9. Menjadikan mood kita berada dalam keadaan "cool" .
  10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis .  
  11. Mengurangkan kesepian.

Penjagaan Kucing Parsi

 Penjagaan Bulu Kucing Parsi
  •  Perlu menyikat bulunya setiap hari keana bulunya yang amat berselirat. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut.
  • Sikat bergantung kepada kepanjangan bulu kucing itu.
  • Kucing parsi tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini.
  • Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda dari masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang.
  • Antara kawan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya.
  • Sikat yang terbaik adalah dari jenis metal comb dan giginya yang panjang
  •  Kucing parsi juga perlu dimandikan setiap hari.Ini adalahuntuk menjaga kebersihan bulunya agar kekal sihat.    




Thursday, 16 May 2013

KKU...SI PEKAK

Hari ini saya nak cite pasal KKU...KKU???Apa tu??Hihihihi..KKU tu maksud dye kucing kurang upaya..
KKU nie kucing jalanan..tp tu dulu..skg dye tinggal ngn mak cik saya..pada mulanya mak cik saya x tahu yg KKU tu pekak.Bila dye panggil kucing tu buat dono jer...kadang2 bila ada bapak kucing dok kat sblh dye pon x prasan..sampai terkejut tahap gaban..so mak cik saya pon fhm sebenarnya KKU pekak..
  Mesty hampa terfikir..cam ne nk panggil kucing tu??Haaa...nie nk bg tahu..kalau nk panggil dye kena lambai tangan...dan yang lg satu kalau nk ajak dye mkn kena wat cara nk suap makanan kat mulut...
tp tu la kan..kucing pon tahu bahasa isyarat...huhuhhuhuhuh...key la setakat ini sahaja citer yg nk saya sampaikan..bye..

BY,PUTERI

^O^ NIE DYE KKU ^O^

Monday, 13 May 2013

▲ Lembik ▼

 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Harini airoh nak cerita pasal siapa? Jeng Jeng Jeng! Harini airah nak cerita pasal hantu. kahkah. Tadi airoh pegi skolah kononnnya nak jumpa dengan anak-2 riang Miko. Then time pagi tadi pegi sekolah. 

 *Bukak kotak kat belakang* : Eh mana anak-2 Miko ni? Gi main kot, biarlah.

Dan disitulah hari berlalu. Lepas lebih kurang sejam, tiba-2 dengar kucing mengeow. Tapi lepas tengok bawah, kiri, kanan, tak da pulak kelibat kucing. Haaa, makhluk mana pulak yang mengeow time aku tengah exam ni?!

Sunday, 12 May 2013

▲ Rupa Sebenar ▼

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara untuk entry kali ni, siapa tak jawab dapat dosa ye hehe. Okay, selama ni, para-2 pengintai blog ni asyik tengok nama budak-2 ni je kan. Harini airoh nak tunjuk pulak gambar anak-2 Miko dengan muka tak mandi ni @ muka innocent @ muka kena paksa jadi model.

Ni gambar happy family. Amacam? ada iras-2 muka airoh tak? HAHA

Friday, 10 May 2013

Si Buas ;)

Assalamualaikum . Hari saya nk cerita pasal anak2 Miko tadi . Tediiaaaa , buas baq hang XD masuk kat celah kaki org ni , org tu . Hahaha . Ada yang jerit pun ada . Masa ustaz saya masuk dia tngok je ustaz , nak belajar sekali mungkin :3 last2 ustaz letak atas meja . Haaaa , apa lagi si buas tuu , nk lompat lah dari meja . Kami apa lagi , risau ngan gelabah lah , kot2 terjun2 haaa , patah hidung ka patah tangan ka . Hohoho :3 tapi , alhamdulillah lah tak hado apo2 yang jadi :D oh ya , abg dia yang pendiam harituuu , dah cergas macam adik2 nya . Bagus lah macam tuuu ;) ini je lah cerita yang dapat saya kongsikan . Nak dengor crita lagiii???? Haaa,tunggu sambungan nnti ok :D bye . Assalamualaikum ~ 

▲ Ibu Mithali? ▼

Haa, cuba tengok dah pukul berapa? Hahaha, tak pa, aku memang suka tido lambat pun *menguap* Jadi, back to the entry title, 'ibu mithali?'. haaa, siapa anda rasa ibu yang paling mithali? Rosmah ke? kekeke. Sorry Kak Mah. Okay, bak kata Cikgu Che Tom, kucing ni memang patut jadi ibu mithali. Sebab apa? Pernah ke tengok kucing buang anak sendiri dalam tong sampah? Pernah tengok kucing buang anak sendiri dalam longkang? Dan pernah ke tengok kucing letak anak dalam plastik then hanyutkan tepi sungai? PERNAH? PERNAH?  Tak pernah kan? Sekurang-kurangnya mereka ni ada hati perut walaupun tak ada akal :) Jadi, lepas baca entry ni, siapa anda rasa patut menang anugerah ibu mithali tahun ini? Jeng Jeng Jeng! Kita tunggu jawapannya selepas ini :D

▲ Kenapa? ▼

Kenapa orang selalu tanya kenapa ada kutu dekat badan anak-2 Miko tu? Masya-Allah, memang lumrah kucing lah kan kalau ada kutu. Lagipun, anak-2 Miko tu kucing terbiar, bukannya belaan. Ada ke kucing terbiar bersih suci macam sabun Vanish? Kadang-2 ada juga kucing belaan yang berkutu. LALALALA~



KENAPA YANG TAK TAHU, NI LAH SABUN VANISH. Abaikan tangan comel tu :3

Jadi, kalau anda ada nampak dua tiga ketul kutu kat badan diorang tu, sila buat-2 tak nampak lah ye sebab kutu pun nak cari makan jugak, kalau kutu pupus, anak cicik kita tak sempat pulak nak tengok bentuk kutu dengan mata sendiri. Pesanan khidmat masyarakat ini daripada Aisyah Zahirah. Sekian ;)

Thursday, 9 May 2013

▲ Nama Kucing ▼

Di sini, saya telah mengishtiharkan ☜ (aku tak reti eja benda ni) nama kanak-2 riang di kelas 2Khas. Mengikut firasat dan fizikal yang terdapat pada diri mereka, saya telah menamakan mereka sempena nama AIS KRIM! *bunyi perut* Back to topic, saya tengah lapar jkjk. Ok ok *muka serious* Ni dia aiskrim-2 yang saya telah sediakan :)  

 Disebabkan anak Miko yang sekor tu warna dia err, macam oren? Tapi takkan nak letak nama dia oren pulak kan? Pelik pulak -.- Lepas dah penat brainstorming, saya telah menamakannya MOCHA! Comel tak nama ni? Wakakaka

Warna dia lebih kurang macam ni;
TERLIUR TAK? HAHAHAH 
(TIBA-2 RASA LAPAR PULAK -.-)

Vanillaaaaaaa!

Anak kucing Miko yang nama Vanilla ni longlai je aku tengok tadi. Trauma sebab dibuli ke? Sebab kelonglaian tidak pasti, tapi semestinya anak dia yang sekor ni nampak lembik je tadi. Vanilla ni dulu bising macam adik-2 dia, haa lebih kurang macam paling aktif dalam keluarga riang tu, tapi sekarang dia senyap kalah orang bisu! Haa, lagi satu! *out of topic sebenarnya* Anak-2 Miko semuanya suka jilat jari orang. Tapi bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan', di sini saya ingin mengingatkan bahawa, JANGAN SESEKALI BERIKAN JARI ANDA KEPADA MOCHA, sebab dia suka GIGIT jari, bukannya JILAT jari! Besar nanti, confirm dia ni jadi pembuli T.T

  p/s: CEPAT SEMBUH, VANILLA! ^o^

Wednesday, 8 May 2013

Kucing yang popular didunia

Hari ni saya akan cerita 1 lagi kucing yang popular :) Abyssinian Cat . The Abyssian adalah sejenis kucing perliharaan dengan bulu dicipta sebegitu menarik . Ada banyak cerita tentang asal-usulnya , sering kucing ini berguling di Mesir , tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti . Dia ni popular dan mempunyai keturunan bulu pendek :) haaa , dia tak gemuk macam kucing parsi dia ni bulu pendek :D macam kucing2 biasa ttapi ada keistimewaan sendiri :) Haaa , sapa yang teringin nak nengok kucing jenis ni , search kat internet :D Kalau macam kawan saya yang minatkan kucing tuu , macam Aisyah , Puteri *depa lagi , sory2 . hoho * ssah untuk mendapatkannya :) so , ini je yang dapat saya kongsikan dengan hampa2 semua tuuu :D Assalamualaikum ~

Si Kucing Putih ;)

Hai . Assalamualaikum . Sihat dak ? Kalau sihat , baguih2 . Waktu nih , masa ni sebelum balik ,  kami pi lah lawat anak2 Miko , waktu tu Miko merayau pergi mana , kami pun tktau  . Lepastu , tiba2 Aisyah ckp , WEH , SIANNYA TENGOK YG PUTIH NI , MACAM TAK SIHAT JA O.o haaaa , aku pun apa lagi nengok lah si kucing putih tu , adik dia yg lain2 punya lah cergas , agresif , muka dia mcm ni ja -_- hahaha . Boleh pulokk ~ tapi , entahlah dia tu sihat ke idok . Ke waktu tuh dia dh ngantok . Tapi , setiap hari aku trngok kucing tu diam ja . Hehe . Muka Aisyah cemas jugak lah masa tu . Bagi mata aku lah ^_^ hehehe . Kbyebye . Assalamualaikum ~

Tuesday, 7 May 2013

Waktu Lapang Tadi :D

Assalamualaikum :) hoi, hoi . Ni , ceq nak habaq sikit *loghat Kedah :D hoho ~ haaa , tadi masa cikgu Dalilah , cikgu tak dtg baq hang . Lpas tu kami apa lagi , main dengan Miko la , dan anak2 kesayangannya . Aisyah suka main yang warna kelabu , sebab mata dia sepet macam korea , haaa , sapa yang kenal Aisyah , tahu lah sbb apa dia minat kucing kelabu tu :) hehe . Puteri lak , yang oren tu , wahhh , comel , comel :* . Tapi , aku sian tngok yg warna putih tu dan merupakan anak sulung dari 3 adik beradik tuh . Macam Aisyah selalu ckp , 'SIAN WEH DIA , FOREVER ALONE *gelak :3 hahaha . Kesian tapi gelak ? O.o lain macam ~~ hoho . Tapi , yang selalu lawat Miko dengan anak dia , hm spa lagi kalau bukan Aisyah , Puteri . 2 orang ni memang pengemor kucing :) penyayang . Wahhh , jangan marah kawan2 aku tulis macam ni ya :) haha . Itu je lah cerita yang berlaku tadi :D hehe . Nnti kalau nk dengaq cita lagi , baca lah blog ni slalu *promete2 :3 ok ??? Terima kasih  :) Assalamualaikum . 

Sunday, 5 May 2013

Hai . Assalamualaikum ! :D

Ok . Harini saya nak cerita lagi kucing yang popular didunia :D nak tau ka ? Baca sampai habis lah baru leh tau ^_^ ok ! Kucing ni nama dia The Maine Coon . Maine Coon ni mempunyai struktur tulang yang besar , dengan bentuk badan persegi , dan bulu panjang menjalar dibadannya :) Pembiakkannya dapat dilihat dalam berbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya :D :D haaa , kucing ni bijak :) Bagi kucing jantan kebanyakkan berat badannya 12-18 paun , pada berat betina biasanya , 10-14 . Kucing ini kuat , lembut dan manja dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti Persia :) . Seterusnya , kucing yang kedua , Burmese Cat . Burma dianggap sebagai kucing bulu pendek asing di Amerika Syarikat . Warna mata kucing ini adalah berwarna emas atau kuning . Badan ini dikenali kerana berkilau , dengan satin finish . Seperti kebanyakkan kucing berbulu pendek , tidak memerlukan rawatan tambahan :D ok . Ni ja yg dapat saya kongsikan . Kita sambung nnti nahh ^_^ bye . Assalamualaikum .
                                                                                                                                    By , Anis 

Friday, 3 May 2013

Munchkin Cat ;)


Ni antara sebab-sebab kenapa ibu kucing suka pindahkan anak-anaknya :)

Hai . Assalamualaikum :) sihat semua ? Alhamdulillah :) ye , harini saya akan bagitahu sebab apa ibu kucing suka pindahkan anak2 dia :D antara sebab-sebabnya , tentang keselamatan anak-anaknya . Alahai , ibu kucing pun sayangkan anak dia ;) ibu kucing yang baru melahirkan anak2 agak tertekan dan menjadi lebih garang . Kalau ibu kucing ni dapat tau kita tahu tmpat dia sembunyikan anak2 dia , dia mula mengangkut seekor demi seekor anak2 ke tempat lain . Yelah 'SAPA TAK SAYANG ANAK OIII ?? :3 haha . Ok2 . Seterusnya , kebersihan :) yelah , dia pun nk kebersihan jugok :3 apa daaaa ~~ haha
Anak kucing ni dia tk pakai pampers . . Bila 2 , 3 hari ditempat yang sama , bau pun dah harum semerbak , ibu kucing ni akan pindahkan ke tempat yang lebih bersih ^_^ . Ni je yang dapat saya kongsikan . Hehehe . Assalamualaikum :)  By , Anis 
                                                                                                                                   

Hai ! :D haa , nak tau tak kucing yg paling popular ?

Harini , saya akan bagitahu 2 daripada 10 :) 
Yang pertama , kucing yg diberi nama Exotic Cat :) kucing ni mempunyai sifat yang lemah lembut dan tenang dari Persia , sifat ingin tahu dan suka bermain , kucing ini mesra terhadap kucing yang lain . Kucing ini jarang mengeluarkan bunyi . Kucing ini tidak suka ditinggalkan sendirian :)
Lepastu , kucing comel yang kedua ni , yang diberi nama Ragdoll Cat ;) dia ni  adalah salah satu jenis kucing peliharaan terbesar dengan bentuk badan tegap , tapak kaki besar dan seimbang . Kucing ini berkembang baik dengan mata biru dan bulu colorpoint yang berbeza . ini adalah kucing semi-artis besar  dan berotot dengan bulu yang lembut dan halus . Kucing ini sangat lembut , santai dan penuh kasih sayang . Kucing ini begitu jinak namun ianya berbahaya untuk ditinggalkan dirumah sendirian kerana kucing ini tidak dapat mempertahankan diri jika diserang haiwan lain :') jadi , pada sapa2 yang bela kucing laguni , haaaa , jangan tinggalkan dia kat rumah sorang2 , kesian kalau diserang oleh haiwan lain :') so , jaga lah kucing ni dengan baik , seperti kucing2 yang lain jugak ^_^ . By , anis ;) 
STOKING....OH...STOKING...

STOKING???Apa tu...msty anda tertanya-tanya..siapa Stoking???Haa...nie saya nak bagi tahu.Stoking ialah kucing kesayangan family saya...dye lah satu2nya kucing yang saya ada..nie nk dgr citer tentang dye x???

Dulu,Stoking ade family..dye ade mak,adek dan anak saudara..dan x lupa juga dye ade opah..SEmuanya saya jaga...tp tu dulu..skg Stoking tinggal seorang saja :(..Mesti anda tertanya-tnya..Mana keluarga Stoking??Opah dye mati masa mak dye kecik,then mak dye lahirkan Gebu (kakak Stoking)..then lps 6 bln..lahir la Stoking.Then 1 tahun 4 bulan lahir la Comey,Belang & Kitty..pada masa yg sama Gebu pon melahirkan anak...then ade org mintak kucing tu saya pon bg semua..then tinggal Stoking..lps tu Stoking meroyan/gila x tentu psl..then lps seminggu dye okey...tp tu la kn...bertapa sygnya Stoking kat family dye...k..bye..
by
Puteri

~INILAH STOKING~