Super Kawaii Cute Cat Kaoani Time spent with cats is never wasted :)

Monday 29 July 2013

Sahabat Sejati

Assalamualaikum ! Saya Anis ... Walaupun blog ni pasal kucing , sekali sekala nak jugak post pasal lain kan . Jadi , tajuk dia yg nk saya kongsi iaitu sahabat sejati :) sahabat??spa ada sahabat baik??mesti ada kan...??aku pun ada , nama dia Puteri Natasya Solehah .. Nak tengok gmbar dia??haaa,yg tudung purple tuh .. Dia lah tuh :D dia baik,peramah,pandai jaga hati ...*kadang2 lah* sbb kadang2 aku pun ada terasa then merajuk . Padan muka =p haha jangan marah ek aku tulis cmni..tapi hang mmg terbaik :) tapi aku rasa dia dh berubah dh sekarang...heee :') ciri2 sahabat sejati , jika dia melihat sesuatu yg tidak baik daripada kamu , dia akan menutupnya :) dan bnyak lagiii ~

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati .. 
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa ..

SAYANG , KASIH , KASIHAN . Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan : 

BERKENALAN , BERTEMAN , BERKAWAN , dan BERSAMA . Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan iaitu : 

TEMAN BAIK SELALU DISISI . Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian ... 

SAYANG , KEKAL , SETIA , MENGERTI , MENGHARGAI , dan MENGINGATI .. Dalam 6 impian itu terkumpul 7 huruf keramat iaitu : 


"SAHABAT" 




Kalau hang nak marah ke ape ke , sokayy :) sabor je lah haa .. Aku harap persahabatan kita smpai bila2  . Amin . Dan ini je lah yg dpt saya kongsikan dengan hampa semua .. Kalau salah atau over , maafkan saya ... Itu mmg diri saya :) kbyebye . Assalamualaikum ~ 

Kasihanilah Kucing :)

Assalamualaikum semua :) 
Fuh , dah lama tak update blog . Kami sibuk , biasalah budak PBS kan... *aicehwah . PBS mmg mencabar . Ada yg kata senang tapi hakikatnya susah jugak lah :'/ ehh! Dah masuk topik lain plak , nak cerita kucing jadi PBS *haha . Sejujurnya , dulu aku tak minat kucing sngat , sbb kucing pernah cakaq aku , tu yg fobia tuh . Tapi , sejak kawan dengan Puteri , Aisyah ni jadi minat kat kucing *yaya  jah aku nih * tapi sungguh :D . Kalau kat kedai makan , mesti slalu nmpak kucing tu pergi kat meja org ni , orang tu , tapi .. Org tendang dia ... Kesian tengok :/ dia pun macam kita , kalau tak makan lapaq . Kalau tak minum dahaga . Aku pun pernah tendang gak dulu .. Tapi bila fikir2 balik , kenapa kena buat cemtuu kan ? Kehkeh . Kalau ada makanan lebih tu apa salahnya bagi sikit kat dia . Sharing is caring *choyy . Hahaaa . Teringin nak bela kucing , tapi tak berkesempatan lagi ... InsyaAllah :) .... Kucing ni kan haiwan kesayangan Nabi junjungan kita ... :D jadi ni je lah kot yg boleh sayang kongsikan , InsyaAllah kalau panjang umur saya dan kawan2 saya , kami sama2 update lagi . Kalau ada yg terlebih ka , terkasar ka maafkan saya ... Assalamualaikum :) 

Friday 17 May 2013

Kelebihan Memelihara Kucing ;)

Hye . Assalamualaikum . Hari ni saya nak cerita tentang kelebihan memlihara kucing :) 
  1. Dapat menurunkan risiko kardiovaskular dan serangan jantung . 
  2. Meningkatkan sistem fungsi imun (Daya tahan penyakit).
  3. Mencegah Alergi .
  4. Membantu mencegah asma pada kanak-kanak. 
  5. Mengurangkan tekanan darah .
  6. Menurunkan kolestrol.
  7.  Mengurangkan risiko mendapat Stroke .
  8.  Mengurangkan stress ( tekanan perasaan ) dan rasa cemas . 
  9. Menjadikan mood kita berada dalam keadaan "cool" .
  10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis .  
  11. Mengurangkan kesepian.

Penjagaan Kucing Parsi

 Penjagaan Bulu Kucing Parsi
  •  Perlu menyikat bulunya setiap hari keana bulunya yang amat berselirat. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut.
  • Sikat bergantung kepada kepanjangan bulu kucing itu.
  • Kucing parsi tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini.
  • Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda dari masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang.
  • Antara kawan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya.
  • Sikat yang terbaik adalah dari jenis metal comb dan giginya yang panjang
  •  Kucing parsi juga perlu dimandikan setiap hari.Ini adalahuntuk menjaga kebersihan bulunya agar kekal sihat.    




Thursday 16 May 2013

KKU...SI PEKAK

Hari ini saya nak cite pasal KKU...KKU???Apa tu??Hihihihi..KKU tu maksud dye kucing kurang upaya..
KKU nie kucing jalanan..tp tu dulu..skg dye tinggal ngn mak cik saya..pada mulanya mak cik saya x tahu yg KKU tu pekak.Bila dye panggil kucing tu buat dono jer...kadang2 bila ada bapak kucing dok kat sblh dye pon x prasan..sampai terkejut tahap gaban..so mak cik saya pon fhm sebenarnya KKU pekak..
  Mesty hampa terfikir..cam ne nk panggil kucing tu??Haaa...nie nk bg tahu..kalau nk panggil dye kena lambai tangan...dan yang lg satu kalau nk ajak dye mkn kena wat cara nk suap makanan kat mulut...
tp tu la kan..kucing pon tahu bahasa isyarat...huhuhhuhuhuh...key la setakat ini sahaja citer yg nk saya sampaikan..bye..

BY,PUTERI

^O^ NIE DYE KKU ^O^

Monday 13 May 2013

▲ Lembik ▼

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Harini airoh nak cerita pasal siapa? Jeng Jeng Jeng! Harini airah nak cerita pasal hantu. kahkah. Tadi airoh pegi skolah kononnnya nak jumpa dengan anak-2 riang Miko. Then time pagi tadi pegi sekolah. 

 *Bukak kotak kat belakang* : Eh mana anak-2 Miko ni? Gi main kot, biarlah.

Dan disitulah hari berlalu. Lepas lebih kurang sejam, tiba-2 dengar kucing mengeow. Tapi lepas tengok bawah, kiri, kanan, tak da pulak kelibat kucing. Haaa, makhluk mana pulak yang mengeow time aku tengah exam ni?!

Sunday 12 May 2013

▲ Rupa Sebenar ▼

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara untuk entry kali ni, siapa tak jawab dapat dosa ye hehe. Okay, selama ni, para-2 pengintai blog ni asyik tengok nama budak-2 ni je kan. Harini airoh nak tunjuk pulak gambar anak-2 Miko dengan muka tak mandi ni @ muka innocent @ muka kena paksa jadi model.

Ni gambar happy family. Amacam? ada iras-2 muka airoh tak? HAHA

Friday 10 May 2013

Si Buas ;)

Assalamualaikum . Hari saya nk cerita pasal anak2 Miko tadi . Tediiaaaa , buas baq hang XD masuk kat celah kaki org ni , org tu . Hahaha . Ada yang jerit pun ada . Masa ustaz saya masuk dia tngok je ustaz , nak belajar sekali mungkin :3 last2 ustaz letak atas meja . Haaaa , apa lagi si buas tuu , nk lompat lah dari meja . Kami apa lagi , risau ngan gelabah lah , kot2 terjun2 haaa , patah hidung ka patah tangan ka . Hohoho :3 tapi , alhamdulillah lah tak hado apo2 yang jadi :D oh ya , abg dia yang pendiam harituuu , dah cergas macam adik2 nya . Bagus lah macam tuuu ;) ini je lah cerita yang dapat saya kongsikan . Nak dengor crita lagiii???? Haaa,tunggu sambungan nnti ok :D bye . Assalamualaikum ~ 

▲ Ibu Mithali? ▼

Haa, cuba tengok dah pukul berapa? Hahaha, tak pa, aku memang suka tido lambat pun *menguap* Jadi, back to the entry title, 'ibu mithali?'. haaa, siapa anda rasa ibu yang paling mithali? Rosmah ke? kekeke. Sorry Kak Mah. Okay, bak kata Cikgu Che Tom, kucing ni memang patut jadi ibu mithali. Sebab apa? Pernah ke tengok kucing buang anak sendiri dalam tong sampah? Pernah tengok kucing buang anak sendiri dalam longkang? Dan pernah ke tengok kucing letak anak dalam plastik then hanyutkan tepi sungai? PERNAH? PERNAH?  Tak pernah kan? Sekurang-kurangnya mereka ni ada hati perut walaupun tak ada akal :) Jadi, lepas baca entry ni, siapa anda rasa patut menang anugerah ibu mithali tahun ini? Jeng Jeng Jeng! Kita tunggu jawapannya selepas ini :D

▲ Kenapa? ▼

Kenapa orang selalu tanya kenapa ada kutu dekat badan anak-2 Miko tu? Masya-Allah, memang lumrah kucing lah kan kalau ada kutu. Lagipun, anak-2 Miko tu kucing terbiar, bukannya belaan. Ada ke kucing terbiar bersih suci macam sabun Vanish? Kadang-2 ada juga kucing belaan yang berkutu. LALALALA~



KENAPA YANG TAK TAHU, NI LAH SABUN VANISH. Abaikan tangan comel tu :3

Jadi, kalau anda ada nampak dua tiga ketul kutu kat badan diorang tu, sila buat-2 tak nampak lah ye sebab kutu pun nak cari makan jugak, kalau kutu pupus, anak cicik kita tak sempat pulak nak tengok bentuk kutu dengan mata sendiri. Pesanan khidmat masyarakat ini daripada Aisyah Zahirah. Sekian ;)